Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Tenaga Nasional (PSSGM UNITEN)

GENGGAM.ANGKAT.YAKIN.WARAS.NGERI

MENGENAI PSSGM UNITEN

RINGKASAN MENGENAI PSSGM UNITEN 

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Tenaga Nasional (PSSGM UNITEN) merupakan salah satu daripada persatuan yang berteraskan persilatan yang terdapat di Universiti Tenaga Nasional. Setakat Semester 2 2010/2011, keahlian PSSGM UNITEN adalah seramai 28 orang secara rasmi yang terdiri daripada pelajar UNITEN.

 Ahli-ahli PSSGM UNITEN dilatih oleh seorang gurulatih yang juga bekas pelajar UNITEN dan sekarang beliau bertugas sebagai staf Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai seorang jurutera. Nama beliau ialah Aqtar Fariq Syahril b. Hj. Othman

Gurulatih Gelanggang PSSGM UNITEN, Cikgu Aqtar Fariq Syahril bin Othman.

 LATIHAN SILAT

PSSGM UNITEN mengadakan latihan pada setiap hari Isnin dan Rabu pada pukul 9.00 malam sehingga 11.00 malam bertempat di padang hoki bersebelahan kelompok Ilmu di UNITEN. Di dalam sesi latihan ini, pelajar dari pelbagai peringkat bengkung akan berlatih bersama-sama dan peringkat tertinggi yang telah dicapai oleh anak Gayong UNITEN adalah bengkung merah cula tiga.

 

AKTIVITI PSSGM UNITEN

Selain daripada latihan berasaskan persilatan dan juga menyertai kejohanan silat olahraga, PSSGM UNITEN juga menganjurkan aktiviti lain, sebagai contoh perlawanan bolasepak persahabatan diantara gelanggang yang bernaung di bawah Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU). Pelbagai perancangan telah disusun dan akan dijalankan secara beransur-ansur untuk memajukan persatuan. Sebarang perkembangan terkini PSSGM UNITEN akan dihebahkan menerusi laman web ini. 

 GAMBAR SEMASA LATIHAN SILAT GAYONG UNITEN

  Latihan dibimbing oleh Cikgu Aqtar.

 Gambar ini adalah sewaktu majlis penyerahan bengkung.

 

Aktiviti Akan datang

No upcoming events

Bilangan pelawat