Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Tenaga Nasional (PSSGM UNITEN)

GENGGAM.ANGKAT.YAKIN.WARAS.NGERI

FAQ

Soalan mengenai website

  1. Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai ahli website?

    Klik pada link "AHLI PSSGM UNITEN" dan klik [ada "Register now for free!" untuk mendaftar.Sesudah itu, anda perlu login semula sekiranya anda mahu

  2. Apakah fungsi link "MUAT TURUN GAMBAR?"

    Link ini adalah untuk membolehkan para ahli memuat turun gambar dengan mudah. Bahagian ini akan memberi anda link kepada website yang menyimpan sebahagian gambar-gambar aktiviti persatuan. Anda perlu mendaftar sebagai ahli website jika ingin memuat turun.

  3. Mengapakah pada bahagian "Guestbook" terdapat komen-komen yang tidak sopan dan melampaui batas?

    Itu adalah masalah "spam" iaitu datang dari virus yang menjangkiti email dan seterusnya menjangkiti website ini. Masalah itu telah diatasi dan pihak kami memohon maaf atas masalah ini.

Back to top

Soalan mengenai persatuan

  1. Bilakah latihan silat gayong di UNITEN dijalankan pada biasanya?

    Latihan silat gayong di UNITEN selalunya diadakan pada hari Isnin dan Rabu pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam bertempat di Universiti Tenaga Nasional kampus Putrajaya iaitu di padang hoki bersebelahan kelompok Ilmu. Anak gayong yang berhampiran dengan kami dijemput hadir sekiranya berminat.

  2. Bagaimanakah saya ingin mengetahui perkembangan lanjut aktiviti PSSGM UNITEN?

    Lawati http://silatgayonguniten.blogspot.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Laman web ini adalah sebagai wadah rasmi persatuan dan blog sebagai 'diari' aktiviti persatuan dan artikel-artikel berguna untuk dibaca.

  3. Adakah saya dikira sebagai ahli PSSGM UNITEN sekiranya saya mendaftar dalam website ini?

    Anda tidak dikira sebagai ahli rasmi, cuma sebagai ahli website sahaja. Untuk menjadi ahli rasmi, anda perlu mengisi borang yang disediakan oleh jawatankuasa PSSGM UNITEN serta menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Back to top

Aktiviti Akan datang

No upcoming events

Bilangan pelawat