Laman web ini diwujudkan untuk mempergiatkan kegiatan promosi Silat Seni Gayong kepada semua masyarakat amnya dan warga UNITEN khususnya. Laman web ini juga mewujudkan satu cara alternatif dalam menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli PSSGM UNITEN dengan cepat dan tepat serta lebih efisien. Pelbagai pembaharuan dari segi fizikal serta kandungan laman web ini akan dijalankan sentiasa demi memastikan laman web ini adalah amat berguna dan berfaedah kepada semua ahli.
Selamat melayari laman web kami.
Webmaster PSSGMU
Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ahli,sila klik pada 'Register' dan masukkan maklumat yang dikehendaki. Setelah mendaftar, kami akan menghubungi anda berdasarkan e-mail yang telah didaftarkan. Sila beri maklum balas dengan membalas e-mail kami. Di dalam e-mail balasan, sila masukkan nama penuh, nombor ID, dan nombor telefon. Sekiranya anda mendaftar tetapi tidak memberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari, rekod pendaftaran anda akan dipadam.
Selamat mendaftar.